Selamat Datang | Welcome to my Blog

My photo
Neways Independent Distributor & Hijrah Toyyibah Stokis (Water Filter).Email me at neways2u@gmail.com.

Rasulullah Pengsan Dengar Seksaan Di Neraka

Saturday, March 27, 2010 · 0 comments



Friday, March 26, 2010 · 0 comments

Glaukoma buta dalam senyap


ROSNAH Abdul Rashid Shirlin (tiga dari kanan) bersama para peserta yang menyertai Hari Glaukoma Sedunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.


AGAK mengejutkan apabila statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini menunjukkan 1.8 peratus daripada rakyat Malaysia dikesan mempunyai masalah glaukoma.
Keadaan itu menjadikan masalah tersebut merupakan penyakit kedua tertinggi dalam bidang kesihatan mata.
Mungkin ramai tidak mengetahui fakta bahawa glaukoma adalah salah satu penyebab utama kebutaan kekal yang menjejaskan hampir jutaan manusia di seluruh dunia.
Ia merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik iaitu laluan yang membawa imej ke otak.
Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini akan merosakkan saraf optik seterusnya menyebabkan hilang penglihatan.
Menyedari akan tahap bahayanya penyakit tersebut, Pertubuhan Glaukoma Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Hari Glaukoma Sedunia.
Diadakan di salah sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, acara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Rosnah berkata, tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Sehubungan itu, katanya, masyarakat di negara ini perlu membuat pemeriksaan mata secara berkala sebagai usaha mencegah daripada mendapat penyakit itu.
''Glaukoma adalah sejenis penyakit senyap yang boleh menyebabkan buta secara perlahan-lahan dan jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera, seseorang itu akan menjadi buta sepenuhnya.
''Dan anda bayangkan dalam 27 juta penduduk Malaysia, hanya 21 peratus daripada jumlah tersebut yang tahu apa itu glaukoma dan 70 peratus lagi langsung tidak tahu mengenai penyakit tersebut.
''Tiada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya selain rawatan pencegahan apabila ia dapat dikesan lebih awal,'' ujarnya.
Tambah Rosnah, penyakit glaukoma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja malah jika dilihat trend hari ini, penyakit yang kebiasaannya berlaku kepada individu yang berumur 45 tahun dan ke atas kini mula menyerang golongan remaja semuda 23 tahun.
Jelas beliau lagi, penyakit glaukoma hari ini merupakan satu masalah yang serius dan kadar pertambahan mereka yang menghidap penyakit tersebut adalah mengikut kadar populasi penduduk Malaysia.
Katanya lagi, kemudahan bagi merawat pesakit glaukoma akan diperluaskan ke hospital awam di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa glaukoma terjadi tanpa rasa sakit dan secara perlahan-lahan pesakit boleh hilang penglihatan tanpa disedari.
Oleh itu adalah mustahak ujian saringan mata dilakukan ke atas pesakit terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga.
Tujuan utama rawatan adalah untuk mengekalkan penglihatan dan rawatan perubatan yang betul serta sempurna dapat merawat serta mengawal glaukoma.
Faktor keturunan juga dilihat faktor yang berkait rapat dan mempengaruhi kebarangkalian seseorang itu menghidap glaukoma.
Jika ada ahli keluarga anda pernah menghidap glaukoma jenis kronik, ahli keluarga lain juga harus disaring lebih awal.
Gejala glaukoma di kalangan bayi baru lahir dapat dilihat dengan kewujudan lapisan kornea atau mata hitam yang tidak jernih seperti mata bayi biasa.
Saiz mata juga mungkin membesar kerana tekanan mata meningkat di dalam mata.
Kanak-kanak berumur beberapa tahun pula mungkin mengalami gejala silau dan kadang kala membenamkan muka ke bantal untuk mengelak mata terkena cahaya.
Perlu difahami bahawa glaukoma masih boleh dirawat dengan pelbagai jenis ubat titis yang mudah digunakan dan mempunyai kesan sampingan minimum.
Jika tekanan mata tidak dapat dipulihkan dengan ubat titis, pembedahan harus dilakukan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

· 0 comments

Hormon rendah rambut gugur


Rambut gugur fenomena yang ditakuti semua orang.


KEGUGURAN rambut yang melampau atau alopecia totalis jarang berlaku tetapi kebanyakan wanita akan menghadapi tahap tertentu alopecia atau kehilangan rambut yang banyak.
Bulu pada badan tumbuh pada tempoh pusingan tertentu tetapi jangka pusingan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tubuh. Contohnya, rambut tumbuh lebih cepat daripada bulu ari-ari.
Semasa hamil, rambut akan tumbuh lebih lebat daripada kebiasaan. Tetapi sebaik selepas melahirkan bayi, tahap hormon anda akan mula berkurangan dan anda dapat melihat rambut anda semakin menipis dan banyak yang gugur.
Bagaimanapun, lama kelamaan rambut baru mulai tumbuh bagi menggantikan rambut yang telah banyak gugur itu.
Alopecia areata merupakan keadaan di mana rambut yang gugur pada satu-satu bahagian tubuh seperti di kepala bersaiz hingga sebesar duit syiling atau lebih.
Keadaan ini akan pulih secara semula jadi tetapi jika anda berjumpa doktor, doktor akan memberikan suntikan bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut.
Jika anda menyedari rambut anda banyak gugur, iaitu lebih daripada 100 helai atau lebih sehari, anda patut berjumpa doktor.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Hikmah Makan Makanan Halal

Sunday, March 21, 2010 · 0 comments


Source: Keratan Harian Metro

Ganjaran Solat Sepertiga Malam

Saturday, March 20, 2010 · 0 comments


Source: Keratan Akhbar Harian Metro

Tiga Cara Syukur Kepada Allah

· 0 comments

Source: Keratan Akhbar Harian Metro

Saturday, March 6, 2010 · 0 comments


 

Mengatur tabiat makan anak

Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR

Tabiat mengambil makanan ringan di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan.



KECENDERUNGAN kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu (junk food) sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat.

Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan tertarik dengan iklan-iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan.

Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan mudarat.

Begitu juga dengan kandungan lemak tidak tepu, gula dan garam yang tinggi ditambah lagi kandungan serat yang sangat rendah dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja terutama anak-anak.

Ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal ini, ditambah lagi mereka sendiri mempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Ada juga ibu bapa yang beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak dihidangkan makanan sewajarnya seperti sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian, lantaran begitu banyak pil-pil vitamin yang boleh dibeli untuk anak-anak di pasaran.

Ironinya, pakar pemakanan sendiri tidak menggalakkan masyarakat untuk terlalu bergantung kepada pil-pil suplemen seperti ini.

Menurut Coughlin (2003) dalam penulisan jurnalnya bertajuk 'Body image dissatisfaction in children: prevalence and parental influence' terdapat tiga faktor yang menyebabkan anak-anak mempunyai tabiat makanan yang tidak sihat.

Pertama, apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah.

Misalnya melambakkan sebegitu banyak stok makanan ringan, gula-gula atau air berkarbonat di dapur sekadar tujuan untuk dinikmati secara ringan sambil bersantai menonton televisyen.

Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat.

Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak makan makanan ringan, namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan yang berkhasiat seperti biskut, roti berkrim, bertih jagung rendah lemak, yogurt atau pun kismis.

Faktor kedua, keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran. Kadang kala, ada anak-anak yang dipaksa ibu bapa untuk makan satu-satu jenis makanan sahaja.

Ia akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa.

Maka ibu bapa harus bijak mempelbagaikan jenis atau cara masakan yang disajikan sama. Yang pentingnya, khasiat makanan tetap terpelihara dan memberi faedah kepada perkembangan tubuh badan dan mental anak-anak.

Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng seperti mana yang dijual di restoran makanan segera, ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.

Faktor ketiga pula adalah emosi. Kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan.

Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka, maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu, bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka.

The American Academy of Peadiatrics misalnya mencadangkan beberapa perkara dalam menyusun-atur semula jadual pemakanan dan tabiat makanan seharian anak-anak yang sihat.

Banyak ibu bapa yang risau anak-anak mereka makan mungkin terlalu sedikit atau terlalu banyak. Maka, untuk mengelak kerisauan dan membimbing anak-anak makan dengan betul, kedua-dua pihak perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing.

Tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) dan makan ringan seperti minum petang.

Ibu bapa menentukan apa untuk dimakan, di mana dan bila. Tanggungjawab anak-anak pula untuk memilih berapa banyak mereka perlu makan makanan yang disediakan ibu bapa.

Kaedah ini mungkin mengambil masa jika ia baru hendak dipraktikkan, namun ia akan membentuk disiplin makan yang baik untuk anak-anak di mana mereka memperoleh jumlah makanan berkhasiat yang sepatutnya, pada waktu yang tepat dan tempat yang betul.

Ibu bapa sendiri patut mengamalkan tabiat pemakanan harian yang sihat supaya anak-anak akan melihat dan mengikutnya sebagai contoh yang baik.

Begitu juga ibu bapa yang merokok perlu seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada merokok di hadapan anak-anak, atau lebih baik lagi berhenti terus daripada merokok.

Membuat aktiviti fizikal dan jasmani secara tekal dan kerap bersama anak-anak akan membantu mereka menjadi sihat. Senaman yang dilakukan mampu membakar kalori yang diambil dalam makanan, mengeluarkan toksik di samping merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.

Makan secara bersama-sama dalam keluarga sekerap mungkin. Sediakan menu makanan yang menarik, pelbagai dan segar. Dalam sesi makan seperti inilah ibu bapa dan anak-anak lebih mudah untuk mendapatkan kata sepakat tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik untuk seisi keluarga.

Jika mampu, bawa anak-anak berjumpa pakar pemakanan atau ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.

Kadang kala, anak-anak akan lebih terpengaruh dan mempercayai kata-kata seorang doktor berkaitan tabiat makan yang betul daripada nasihat ibu bapanya. Namun ia bukanlah satu isu yang besar, asalkan anak-anak dapat terus sihat dan membesar dengan normal dan baik.

Kesimpulannya, jika tabiat makan anak-anak tidak diselaraskan dan dikawal sebaiknya oleh ibu bapa, dikhuatiri mereka akan mudah menghidap penyakit-penyakit kronik yang boleh mengundang kesan negatif dalam jangka masa pendek mahu pun panjang.

Pemilihan makanan yang tepat turut mampu membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat.

Duit tidak dibazirkan membeli makanan yang tidak berkhasiat lagi 'beracun', bahkan jimat daripada terpaksa membayar bil-bil perubatan kerana keadaan ahli keluarga sakit dek tabiat makan yang buruk.


Sumber: Utusan Online 


· 0 comments


 

Panduan pilih pakaian bayi


Susunan MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Pilih pakaian daripada fabrik yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik.



BAGI bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi.

Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

Bukan itu saja, ibu bapa juga harus tahu bagaimana hendak menjaga pakaian bayi agar ia tidak memudaratkan kulit bayi.

Dari segi pemilihan baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju.

Sebaiknya ciri-ciri seperti mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian.

Jika boleh elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi anda.

Ikuti panduan berikut

lKain daripada kapasPakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.

lPilih saiz yang tepatAda ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.

lElakkan baju bertaliHindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.

lBerleher lebarPilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.

lButangBaju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Penjagaan pakaian bayi

lAsingkan pakaianJangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.

lGuna sedikit sabunBasuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.

lCara basuhan tanganJika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.

lCara basuhan mesinGunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.


Sumber: Utusan Online 


Join APSense Traffic Exchange - Create Account

Anda Boring? Layan je kat sini

KEDAH FM

Kedah FM Malaysia

IKIM FM

FEEDJIT Live Traffic Feed

Health blogs
Join Now