Selamat Datang | Welcome to my Blog

My photo
Neways Independent Distributor & Hijrah Toyyibah Stokis (Water Filter).Email me at neways2u@gmail.com.
Friday, June 18, 2010 · 0 comments

Jaga pemakanan si manja


RANGSANG semula pemakanan si kecil setelah sembuh dari demam. - Gambar hiasan


BAGI menjamin kesihatan si kecil, makanan yang mencukupi dan berzat amat penting. Sekiranya 'buah hati' sering diserang penyakit, pasti selera makan juga akan terganggu.
Bagi merangsang selera mereka sehingga sembuh, perubahan cara pemakanan dan sumber zat makanan yang diberikan amat penting dan perlu diberi perhatian.
Demam
Kanak-kanak yang demam biasanya akan hilang selera untuk menikmati makanan pejal, selain itu tubuh mereka juga kehilangan air.
Kanak-kanak yang kekurangan air dalam tubuh biasanya tidak banyak mengeluarkan kencing dan warna air kencingnya juga berubah menjadi lebih pekat.
Mereka mesti digalakkan meminum lebih air seperti jus oren, ribena atau barli.
Harus diingatkan bagi mengelak si kecil muntah elakkan daripada memaksa mereka minum dengan kuantiti yang banyak.
Lebih baik sekiranya memberikan mereka minum sedikit demi sedikit tetapi secara kerap.
Sekiranya si kecil lapar, cuba ubah seleranya kepada masakan yang berkuah seperti sup.
Malah roti yang dicampur dengan telur separuh masak bersama kicap juga disyorkan untuk diberikan kepada si kecil.
Muntah-muntah
Kanak-kanak yang muntah selalunya rumit diberi minum atau makan, lebih-lebih lagi ubat yang diberikan oleh doktor.
Bagaimanapun, mereka boleh digalakkan untuk menghisap air batu atau ais yang telah dihancurkan.
Sekiranya boleh, mereka digalakkan minum air melalui straw secara sedikit demi sedikit.
Apabila dilihat mereka tidak muntah lagi, bolehlah mereka minum dengan banyak.
Cirit-birit
Bayi yang mengalami cirit-birit berisiko mendapat dehidrasi dan boleh membahayakan nyawa. Sekiranya si kecil kelihatan keletihan bernafas dengan kencang, mata seolah-olah tenggelam atau terdapat darah atau nanah dalam najis segeralah berjumpa doktor.
Penyakit cirit-birit yang menyerang kanak-kanak sebenarnya berpunca daripada virus dan boleh dirawat dengan memberikan minuman larutan garam bercampur gula.
Bagi bayi-bayi yang menyusu ibu pula bolehlah diteruskan manakala bayi yang minum susu formula hendaklah dicairkan sedikit bancuhannya atau diberhentikan serta -merta sekiranya bertambah serius.
Sakit tekak dan batuk
Kanak-kanak yang diserang penyakit radang tonsil biasanya berasa sakit apabila menelan sesuatu jenis makanan.
Bagaimanapun tidak perlu bimbang dengan jangkitan ini kerana ia boleh surut dalam beberapa hari dan diet yang biasa boleh dimulakan kembali secara beransur-ansur.

Panduan penjagaan bayi jaundis

· 0 comments

Panduan penjagaan bayi jaundis


BAYI jaundis perlu didedahkan kepada cahaya bililight sebagai rawatan. – Gambar hiasan


BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.
Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.
Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.
Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan.
Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.
Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.
Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.
Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.
Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.
Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.
Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.
Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.
Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.
Apa perlu dilakukan
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.
Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.
Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.
Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
lMenyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.
Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.
lElakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
lGalakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.
lJika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.
lDedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

Amalan Buka Pintu Syurga

Sunday, June 6, 2010 · 0 comments

Source: Metro Ahad

Pahlawan Hebat Terhumban Ke Neraka

· 0 comments

Source: Metro Ahad

Kemusnahan Bumi Satu Peringatan

· 0 comments

Source: Metro Ahad


Join APSense Traffic Exchange - Create Account

Anda Boring? Layan je kat sini

KEDAH FM

Kedah FM Malaysia

IKIM FM

FEEDJIT Live Traffic Feed

Health blogs
Join Now