Selamat Datang | Welcome to my Blog

My photo
Neways Independent Distributor & Hijrah Toyyibah Stokis (Water Filter).Email me at neways2u@gmail.com.
Saturday, October 24, 2009 · 0 comments

Penemuan

PERBAIKI kualiti kesihatan anda dengan maklumat terkini dunia perubatan yang Kosmo! Ahad paparkan pada minggu ini.
Sarapan yang membina otot
WALAU bagaimana sibuk dan tergesa-gesa pun rutin pagi anda, cubalah untuk mengambil sarapan yang sihat. Pakar nutrisi menyarankan gandingan tiga biji telur, sepotong buah dan semangkuk bijirin gandum sebagai kombinasi terbaik protein dan karbohidrat.



Jika biasa memulakan pagi dengan bersenam, seseorang perlu mengambil protein dan karbohidrat kira-kira 30 hingga 60 minit sebelum memulakan senaman. Meskipun percaya pada tenaga yang diberikan dalam segelas jus buah dan serbuk minuman zat, makanan berprotein dan karbohidrat diperlukan juga.

Salah satu sebab utama dua sumber itu penting sebelum memulakan senaman adalah supaya otot mendapat nutrisi yang diperlukan sepanjang aktiviti fizikal. Bersenam meningkatkan aliran darah. Maka, apabila nutrisi mencukupi, peredaran darah itu akan membawa segala zat untuk digunakan bahagian tubuh yang memerlukan.
EKSTRA: Karbohidrat dalam jumlah yang sedikit membantu menyimpan tahap glikogen dalam hati dan ini membekalkan otot dan otak dengan 'makanan' yang diperlukan untuk ia berfungsi dengan baik. Sertakan juga buah-buahan atau sayuran dalam sarapan.
Pokok redakan resah
MUNGKIN ini pilihan semula jadi bagi mereka yang bosan mengambil pil dan ubat-ubatan hospital untuk menangani gangguan keresahan.
Spesies pokok dengan nama saintifik Piper methysticum dikenal pasti dapat memperlahankan aktiviti minda dan mengurangkan tekanan dan keresahan akibat kerja di pejabat, sekolah mahupun keresahan akibat cabaran bersosia.



Pokok yang dikenali sebagai Kava kava ini mudah ditemui di banyak negara pulau Polynesia termasuk Hawaii dan telah digunakan sejak berzaman lamanya sebagai herba mujarab.
Pada zaman dahulu, pokok yang mempunyai daun dan batang yang besar dan hijau ini dipercayai dapat mengurangkan kesan toksik akibat masalah pemakanan.
Namun, satu-satunya bahagian yang dimanfaaatkan pada pokok ini bagi tujuan perubatan adalah pada akarnya.

Sumber:www.kosmo.com.my

· 0 comments

Sindrom mata tua

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my




Presbyopia jadikan penglihatan kabur, boleh dialami seawal 30 tahun

JIKA anda membaca, berapa jauhkah jarak bahan bacaan dengan mata? Pada ukuran lengan didepa atau perlu dibengkok bagi memudahkan anda lebih fokus? Jika anda menulis atau menjahit pula, adakah anda terasa sakit kepala dan mata pula menjadi kering dan penat?

Kesemua itu adalah tanda-tanda anda mengalami presbyopia iaitu keadaan ‘mata tua’ yang disebabkan faktor usia. Ia berlaku perlahan-lahan menyebabkan anda tidak menyedari ia berlaku hinggalah usia mencecah 40 tahun ke atas.


Ketua Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Mata, Universiti New South Wales, Prof Brien Holden berkata, mata tua disebabkan presbyopia berbeza dengan masalah rabun jauh, rabun dekat atau pun silau (astigmatism). Kesemua masalah itu berkait dengan bentuk anak mata yang kerap kalinya disebabkan genetik atau faktor persekitaran. Namun, presbyopia pula adalah hilangnya keupayaan fleksibel kanta dalam mata.

Jelasnya, faktor usia menyebabkan perubahan terjadi pada protein dalam kanta mata, mengakibatkan kanta mengeras dan kurang elastik. Ia turut menjadi punca perubahan pada otot di sekeliling serat kanta. Disebabkan ia kurang elastik, mata sukar untuk memfokus.

Walaupun presbyopia umumnya berlaku pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, ada juga yang berhadapan dengan masalah ini lebih awal disebabkan komplikasi penyakit lain atau pengambilan sesetengah jenis ubat.
Pesakit diabetes, sclerosis berbilang (MS), atau pesakit jantung adalah mereka yang berisiko diserang presbyopia pada usia yang lebih muda. Selain itu pengambilan ubat antikemurungan atau alkohol turut mempengaruhi.

Bagaimanapun jelas Holden, tahap usia diserang presbyopia adalah berbeza mengikut negara. Misalnya jika di Finland, warganya berhadapan dengan presbyopia pada usia 48 tahun, 38 tahun di Malawi dan mungkin 30 tahun di Malaysia, berikutan faktor sinaran matahari.

Malah, disebabkan faktor jangka hayat yang meningkat jumlah mereka yang berhadapan dengan presbyopia juga bertambah. Jika pada 2005 ada satu bilion penghidap presyobia, jumlah itu dijangka bertambah sekali ganda pada 2020.

Jelas Holden, selalunya pesakit tidak mengetahui mereka berhadapan dengan presbyopia dan berpendapat perubahan kualiti penglihatan sebagai satu kelaziman akibat usia yang meningkat.
“Malah, mereka mendapat rawatan di hospital untuk masalah lain tetapi kemudian mendapati mengalami presbyopia,” katanya.

Presbyopia tidak boleh ditangani dengan pembedahan malah kerana ia sebahagian faktor penuaan, presbyopia juga tidak boleh dicegah.

Holden berkata, presbyopia boleh dibaiki dengan memilih kanta lekap yang sesuai. Walaupun sesetengah orang lebih menyukai kaca mata, teknologi terkini membenarkan mereka yang berhadapan dengan presbyopia memilih kanta lekap dari jenis multifokal.

Andainya anda tidak pernah memakai cermin mata atau kanta lekap sebelum berhadapan dengan presbyopia, anda mungkin boleh membaiki penglihatan dengan menggunakan cermin mata saja. Untuk mendapatkan kaca mata dan kanta lekap yang sesuai, dapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada pakar mata. Tidak merawat presbyopia bermakna anda memilih untuk hidup dalam tekanan.

INFO: Gejala


  • Penglihatan kabur pada objek yang dekat

  • Sukar membaca tulisan yang kecil

  • Mata yang letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau waktu petang

  • Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.

  • Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas. 

  • Sumber:www.bharian.com.my

    Wednesday, October 14, 2009 · 0 comments

    Ambil berat risiko osteoporosis


    KERETAKAN tulang belakang menjadikan tugas mudah seperti berjalan amat menyakitkan. - Gambar hiasan


    DALAM udara pagi yang dingin, Mak Cik Ma (bukan nama sebenar) begitu tekun melakukan kerja mencuci dan mengelap lantai. Lazimnya dia bangun seawal jam 5 pagi, ketika kebanyakan penghuni pangsapuri masih diulit mimpi untuk memulakan tugasnya sebagai pencuci.
    Bermula awal akan membolehkan dia menghabiskan kerjanya sebelum cuaca menjadi lebih panas.
    Meskipun tangan kirinya berbalut, wanita gigih ini masih meneruskan kerjanya menyapu, mengelap, bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain dan dari satu blok ke blok yang lain.
    Berusia pertengahan 70-an, Mak Cik Ma mengalami fraktur atau retakan pergelangan tangan akibat terjatuh ketika mahu membaiki lampu balkoninya. Memandangkan usianya yang lanjut, retakan itu memerlukan masa yang lebih panjang untuk sembuh.
    Malah sebelum terjatuh, dalam kesempatan berbual-bual ketika penulis bertembung dengannya semasa dia menyapu lantai, dia beberapa kali mengeluh mengenai lututnya yang semakin sakit terutama apabila memanjat tangga untuk melakukan kerja hakikinya.
    Risiko tinggi
    Pada hakikatnya, mereka yang sudah berusia berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi untuk terjatuh disebabkan daya penglihatan yang kabur atau masalah imbangan dan pergerakan.
    Sekiranya berlaku insiden terjatuh, ia boleh menyebabkan keretakan, terutamanya pergelangan tangan, spina atau tulang belakang dan pinggul. Wanita yang menopaus atau putus haid juga berhadapan dengan risiko tinggi untuk mengalami keretakan.
    Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan osteoporosis, sejenis penyakit tulang. Osteoporosis ini ada kalanya juga digelar sebagai 'penyakit senyap'.
    Bagi mereka yang mempunyai osteoporosis, tulang-tulang mereka lemah dan mudah patah. Ini menjadikan tugas mudah seperti berjalan pun begitu menyakitkan.
    Menurut Wikipedia, tidak ada petanda tertentu untuk osteoporosis tetapi ia boleh meningkatkan risiko keretakan tulang.
    Keretakan berlaku dalam keadaan di mana orang yang sihat tidak akan mengalami patah tulang dan keadaan ini disifatkan sebagai keretakan akibat kerapuhan.
    Ensaiklopedia percuma itu menyatakan keretakan akibat kerapuhan lazim berlaku di bahagian kolum vertebra, tulang rusuk, pinggul dan pergelangan tangan.
    Ia menyebut di Amerika Syarikat, sebanyak 250,000 kes keretakan pergelangan tangan dilaporkan berpunca daripada osteoporosis dan keretakan pergelangan tangan ialah keretakan osteopotorik ketiga yang paling kerap berlaku.
    Masalah kesihatan
    Sementara itu, berdasarkan laporan International Osteoporosis Foundation (IOF), kepercayaan bahawa osteoporosis hanya berlaku di Barat dan jarang terjadi di Timur kini boleh dianggap sebagai hanya satu metos.
    Menurut laporan itu, memandangkan jumlah penduduk warga emas yang besar di Asia, osteoporosis akan menjadi masalah kesihatan yang utama pada tahun-tahun akan datang.
    Laporan itu turut menyebut peningkatan dua hingga tiga kali ganda kes keretakan pinggul di kebanyakan negara Asia dalam tempoh 30 tahun lalu.
    Laporan Audit Asia IOF itu dihasilkan melalui bantuan kewangan dari Fonterra, pengeksport produk tenusu terbesar dunia dengan jenama utama termasuk Anlene, rangkaian produk tenusu yang dirumus khas untuk orang dewasa bagi mengoptimumkan kesihatan tulang.
    Menurut laporan itu lagi, di Hong Kong, kejadian keretakan pinggul meningkat 300 peratus dari 1960-an hingga 1990-an, sementara di Singapura, insiden keretakan pinggul pada 1998 ialah lima kali ganda lebih banyak daripada jumlah kes pada 1960-an.
    Di Jepun, di mana kes keretakan pinggul dipercayai antara yang paling rendah di dunia, insiden keretakan pinggul dari 1986 hingga 1998, meningkat 1.6 kali ganda untuk lelaki dan 1.5 kali ganda untuk wanita.
    Tanah Besar China juga menunjukkan kenaikan yang besar dalam insiden kes keretakan pinggul, iaitu 34 peratus untuk wanita dan 33 peratus untuk lelaki bagi tempoh 1988 hingga 1992.
    Laporan itu juga menyatakan kos osteoporosis adalah tinggi dan keretakan pinggul ialah punca utama warga emas dimasukkan ke hospital.
    Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, kos secara langsung keretakan pinggul dianggarkan RM48.3 bilion pada 1995 sementara di United Kingdom, kos secara langsung akibat keretakan pinggul pada 1998 ialah RM5. 5 bilion.
    "Memandangkan osteoporosis dan keretakan pinggul membabitkan kos rawatan yang amat besar, langkah kritikal yang perlu dilakukan ialah mengesan dan merawat lebih awal pesakit yang berisiko tinggi," kata laporan itu.
    Senario Malaysia
    Laporan IOF yang turut menggariskan hasil kajian yang dibuat di Malaysia, menyebut insiden keretakan pinggul osteoporotik ialah tertinggi dalam kalangan kaum Cina (63 peratus), diikuti Melayu (20 peratus) dan India (13 peratus).
    Ia juga menunjukkan kes-kes keretakan pinggul berlaku dua kali ganda lebih banyak di kalangan wanita berbanding lelaki.
    Berdasarkan kaum serta data tertentu jantina, insiden keretakan pinggul adalah tinggi di kalangan wanita Cina (220 orang bagi setiap 100,000 orang) dan diikuti wanita India.
    Dari segi kos, kos penghospitalan secara langsung untuk rawatan keretakan pinggul pada 1997 dianggarkan sebanyak RM21 juta.
    Kajian itu, yang juga meliputi status vitamin D di kalangan wanita yang putus haid menunjukkan 71 peratus wanita Melayu yang putus haid tidak mendapat keperluan harian vitamin D mereka.
    Pada hakikatnya, kajian itu menunjukkan ketakcukupan vitamin D serta pengambilan kalsium yang rendah berlaku di semua 14 buah negara yang diaudit.
    Dasar kesihatan
    Pengurus Besar Fonterra Malaysia, John McKay berkata, meskipun Malaysia memberi banyak fokus kepada osteoporosis berbanding banyak negara lain di Asia, masih terdapat keperluan untuk memberi keutamaan kepada penyakit itu di peringkat dasar kesihatan kebangsaan.
    Baru-baru ini beliau melancarkan kempen 'Dengarlah Tulang Anda' dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Kempen itu bertujuan mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan kesihatan tulang dengan menawarkan khidmat pengimbasan tulang secara percuma di seluruh negara. - BERNAMA

    Saturday, August 15, 2009 · 0 comments

    Padah urut zakar

    Oleh Shamshul Azree Samshir
    sazree@bharian.com.my




    Salah urut kemaluan jadi lebam, bengkak

    Kes Satu
    Seorang lelaki berusia awal 40-an dikejarkan ke hospital selepas mengadu zakarnya bengkak. Lebih teruk, lelaki ini yang dipercayai menemui tukang urut kononnya mahu mengatasi masalah zakarnya lembik, tidak boleh membuang air kecil malah saluran kencingnya cedera akibat urutan pada zakar.

    Zakar lelaki ini bukan saja bengkak malah memiliki tanda lebam dan biru. Akibatnya, lelaki ini hidup dengan tiub getah bagi membuang air kecil selama tiga minggu selain diberi ubat menghilangkan bengkak pada zakar.

    Kes Dua
    Seorang lelaki meraung kesakitan apabila kedua-dua buah zakarnya bengkak. Bukan saja bengkak, warna kerandut zakar juga berubah hitam hingga doktor sendiri mengaku tidak pernah berdepan pesakit seperti ini.

    Kes Tiga
    Seorang lelaki berusia awal 30-an mengadu sukar mendapat ereksi apabila bersama isteri. Lelaki ini mengaku mendapatkan khidmat urut batin tetapi nampaknya masalahnya masih belum juga diatasi.

    Tidak tertahan lagi, lelaki ini bertemu doktor. Rupa-rupanya tekanan dan masalah yang berlaku dalam hubungannya bersama isteri menjadi punca lelaki ini tidak terangsang setiap kali bersama isteri.


    TIGA paparan kes di atas adalah kejadian sebenar yang dirujuk di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, gara-gara perbuatan lelaki mendapatkan khidmat urut batin untuk tampil hebat di ranjang.

    Dalam tiga kes terbabit, tanpa usul periksa, mangsa mendapatkan khidmat tukang urut batin yang disangka mampu mengembalikan kejantanan dan dominasi mereka di bilik tidur.

    Akhirnya, keputusan yang mungkin didorong nafsu dan gesaan membuktikan diri hero di ranjang, menyebabkan terbabit menanggung derita. Zakar dan buah zakar membengkak selain sukar membuang air kecil dan berjalan, menjadi antara kesengsaraan yang perlu ditanggung lelaki terbabit yang tidak berfikir panjang ketika membenarkan kemaluan diurut.

    Paparan kedua isu urut batin kali ini mengajak pembaca berkongsi pandangan pakar perubatan mengenai amalan urut batin yang makin popular sejak akhir-akhir ini. Jika tidak berhati-hati, lelaki boleh berdepan masalah dan andainya kesan cukup kronik, alamat meranalah lelaki yang sebelum ini mungkin memiliki kehidupan kelamin normal.

    Perunding Urologi dan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan UKM, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin berkata, amalan urut secara amnya tidak membawa kesan buruk kepada anggota badan kecuali jika ia dilakukan pada bahagian sensitif terutama zakar.

    “Kita lihat teknik yang diamalkan dalam proses mengurut ialah memicit atau melakukan urutan pada kaki, paha dan belakang badan. Semua itu tidak mendatangkan masalah tetapi perlu saya jelaskan, zakar tidak boleh diurut.

    “Zakar ibarat sponge organ atau organ span di mana ia hanya membesar apabila ada bekalan darah dan zakar berkait rapat dengan saraf,” katanya kepada XY - Ikon Lelaki.

    Dr Zulkifli berkata, seseorang lelaki yang menghadapi masalah disfungsi erektil (ED), pancutan pra matang dan rendah tahap libido tidak akan beroleh faedah atau manfaat daripada proses berurut termasuk urut batin.

    “Dari aspek logik, kita tidak dapat melihat bagaimana proses urut boleh membantu... Kita tidak nampak apakah mekanisme yang digunakan (dalam proses urutan) boleh memberi kesan positif kepada lelaki,” katanya sambil menambah tidak salah lelaki sekali-sekali berurut untuk relaks dan menyegarkan tubuh.

    Dr Zulkifli berkata, beliau pernah berdepan beberapa kes kronik berpunca daripada urutan batin pada zakar termasuk zakar membengkak, saluran kencing koyak dan buah zakar lebam.

    “Saya tidak menolak amalan tradisional jika ada lelaki mahu mencuba teknik urutan batin tetapi jangan lakukannya pada zakar... Apa yang perlu dilakukan ialah kita periksa paras hormon testosterone dan tekanan jika mendapati sukar mencapai tahap ghairah melakukan hubungan kelamin.

    “Semua ini perlu dilakukan kerana ini yang menjadi punca kepada rendahnya tahap libido seseorang lelaki,” katanya.

    Dr Zulkifli berkata, lelaki bebas memilih teknik urutan pada bahagian tubuh yang ada kaitan langsung dengan kemaluan tetapi jangan sesekali membenarkan zakat diurut bagi mengelak komplikasi.

    “Jika hendak dikatakan urut boleh melancarkan saraf, saya tidak pasti. Sudah tentu proses urut menggunakan minyak panas boleh menimbulkan keadaan yang dikenali sebagai vesuliditasi iaitu keadaan di mana saluran darah terbuka.

    “Jadi, keadaan ini nampaknya bertepatan dengan konsep pelancaran saluran darah,” katanya.

    Dr Zulkifli berkata, dari aspek saintifik, amalan mengurut belum lagi dibuktikan terutama kaitannya dalam menguatkan saraf.

    “Jika kita menghidap kencing manis dan darah tinggi yang memang mendapat (kesan) ED, penyakit kronik seperti tidak dapat dibantu melalui proses urut. Jika kita menghadapi masalah saluran darah kecil dan tersumbat, saya tidak tahu bagaimana saluran darah ini boleh dibesarkan melalui urut batin.

    “Dari segi amalan perubatan moden, kita gunakan ubat PDE Inhibitor yang akan membuka saluran darah dan lelaki akan mendapat ereksi seperti biasa,” katanya yang menasihati lelaki supaya berhati-hati agar tidak terpengaruh melakukan urutan batin terutama pada zakar.

    Kenali hormon testosterone dan kongsi tip meningkatkan paras hormon testosterone anda

  • Sindrom kekurangan hormon testosterone juga dikenali sebagai andropause atau Padam (Partial Androgen Deficiency in Aging Male).

  • Lelaki tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti kaum wanita atau menopaus. Apa yang berlaku ialah penurunan paras hormon testosterone dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun.

  • Akibat daripada penurunan hormon ini, akan berlaku perubahan dalam badan membabitkan komposisi lemak dan penurunan kepadatan mineral pada tulang.

  • Turut berlaku ialah penurunan tahap kecekapan sel-sel otak. Keadaan ini membawa kepada tanda-tanda seperti gangguan ingatan; perasaan cepat marah; mood tidak menentu; tidak dapat menumpukan perhatian; gangguan tidur; emosi; sering keletihan dan rasa tidak bertenaga; tidak ada nafsu melakukan hubungan seks dan gangguan ereksi zakar (mati pucuk).

  • Lelaki yang mengalami sindrom ini bukan saja merasakan kemerosotan kualiti hidup berpunca masalah seksual dan penurunan tahap kecergasan mental atau kemurungan. Malah mereka juga akan mempunyai risiko tinggi menghadapi masalah seperti osteoporosis, penyakit kencing manis, penyakit jantung dan risiko diserang sindrom metabolik.

  • Untuk meningkatkan paras hormon testosterone, kaedah menggunakan pil paling mudah. Salah satu jenis pil boleh didapati di Malaysia dikenali sebagai testosterone undecanoate (Andriol). Pil ini perlu diambil satu atau dua kali sehari selepas makan.

  • Kaedah suntikan juga dianggap mudah dan menyenangkan pesakit. Ini adalah kerana satu suntikan hanya perlu diberikan setiap tiga bulan untuk mengekalkan paras testosterone dalam badan. Ubat suntikan terbaru di pasaran ini dikenali sebagai testosterone undecanoate (Nebido).

  • Kaedah penggantian hormon testosterone dalam bentuk gel yang disapu pada kulit dan juga dalam bentuk patch yang boleh ditampal pada kulit badan atau kulit kerandut buah zakar.

  • Bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini boleh menimbulkan iritasi pada kulit, ruam dan tidak begitu sesuai untuk negara beriklim tropika seperti Malaysia.

  • Semua ubatan ini tidak boleh dibeli secara terus di farmasi. Ini kerana produk ini adalah ubat terkawal. Anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu dan beberapa ujian perlu dibuat sebelum rawatan diberi.

  • Temui pakar urologi, endokrinologi atau doktor swasta untuk berbincang mengenai rawatan meningkatkan paras hormon testosterone. Paras hormone testosterone perlu diukur untuk memastikan tahapnya.

  • Ujian paras testosterone ini perlu dibuat antara jam 8 pagi hingga 11 pagi disebabkan sirkulasi hormon testorone dalam badan paling tinggi pada waktu ini.

  • Selain itu, ujian darah termasuk ujian kandungan lemak, ujian fungsi hati, ujian tahap sel darah merah dan ujian darah Prostate Specific antigen perlu dibuat. Kelenjar prostate juga perlu diperiksa.

  • Bagaimanapun, rawatan gantian hormon testosterone mempunyai kesan sampingan. Antaranya akan berlaku peningkatan sel darah merah dalam badan.

  • Jika hormon testorone dalam badan adalah normal dan hormon testosterone gantian diberikan juga, pengecilan buah zakar akan berlaku. Ini boleh membawa kepada kemandulan.

  • Thursday, July 16, 2009 · 0 comments

    13 July, 2009

    Visit us: www.neways.com.my

    123 Privileged Membership Campaign

    Now is the best time to join Neways!

    When you purchase 300PV and above, you are entitled to:

    1. Starter Kit worth RM 65
    2. One free gift from the following choices:
    • CS Balancing Cleanser
    • CS Balancing Lotion
    • Replenishing Mist
    • Sunbrero
    3. Special Buy Voucher

    Terms & Conditions

    1. Promotion period is from 1st July 2009 to 30th September 2009
    2. All gifts do not carry PV/BV
    3. Each distributor will only be entitled to ONE gift only
    4. All free item are not exchangeable for cash or in kin
    5. The company reserves the right to reject any qualification upon its sole discretion
    6. The company decision is final and no correspondence will be entertained
    7. The Terms and Conditions herein are subject to change without prior notice
    8. The decision of the management’s interpretation of the campaign will prevail. The management reserves the right not to issue gift to distributors who have conducted business unethically while participating in the campaign

    Click here for campaign flyer

    1,2,3新人很简单

    现在是加入Neways的最好时机!

    当您购买超过300PV的产品时,您将享有以下的好处:

    1. 价值RM 65的企业配套

    2. 任选以上其中一种赠品*

    3. 促销礼券

    赠品为* Replenishing Mist* * Sunbrero*Clear Science Balancing Lotion

    *Clear Science Balancing Cleanser

    条件与规则

    1. 促进期间是从2009年7月1日到2009年9月30日 。

    2. 所有礼物不含任何的PV/BV 。

    3. 每个传销商只限换取一次特别的产品。

    4. 所有的免费产品不可兑换现金或其他产品。

    5. 公司保留拒绝任何资格的决定权利。

    6. 公司的决定是最后的决定,恕不接受任何的书面投诉。

    7. 公司保留权利更改、增删条件与规则。

    8. 公司管理层的决定是最后的决定。倘若在促销期间的诠释上存有任何差异,则以公司的诠释为准,公司保留权利不发布赠品予在活动里使用不道德的手段的传销商。

    欲浏览宣传单张,请点击123新人很简单

    321 Personal Growth Campaign

    When you purchase of 200PV and have TWO new recruitments with purchases of 300PV in a month, you are entitled to get one of the products below for FREE:
    • CS Balancing Cleanser
    • CS Balancing Lotion
    • Replenishing Mist
    • Sunbrero

    This allows you
    3. to achieve your monthly 150PV requirement
    2. get a free product and
    1. expand your business


    So don’t MISS THIS GOLDEN OPPORTUNITY!

    Terms & Conditions:

    1. Promotion period is from 1st July 2009 to 30 September 2009
    2. All gifts do not carry PV/BV
    3. Each distributor will only be entitled to ONE gift in a month
    4. All free items are not exchangeable for cash or in kind
    5. The company reserves the right to reject any qualification upon its sole discretion
    6. The company decision is final and no correspondence will be entertained
    7. The Terms and Conditions herein are subject to change without prior notice
    8. The decision of the management’s interpretation of the campaign will prevail. The management reserves the right not to issue gift to distributors who have conducted business unethically while participating in the campaign

    Click here for campaign flyer

    3,2,1进人很简单

    当您购买200PV的产品并且在一个月内成功招募2位已消费购300PV的新传销商时,您将享有以下的好处:

    1. 拓展您的事业价值

    2. 任选以上其中一种赠品*

    3. 达到每月PV要求

    赠品为 * Replenishing Mist* * Sunbrero*Clear Science Balancing Lotion

    *Clear Science Balancing Cleanser

    条件与规则

    1. 促进期间是从2009年7月1日到2009年9月30日 。

    2. 所有礼物不含任何的PV/BV 。

    3. 每个传销商每个月只限换取一次特别的产品。

    4. 所有的免费产品不可兑换现金或其他产品。

    5. 公司保留拒绝任何资格的决定权利。

    6. 公司的决定是最后的决定,恕不接受任何的书面投诉。

    7. 公司保留权利更改、增删条件与规则。

    8. 公司管理层的决定是最后的决定。倘若在促销期间的诠释上存有任何差异,则以公司的诠释为准,公司保留权利不发布赠品予在活动里使用不道德的手段的传销商。

    欲浏览宣传单张,请点击321进人很简单

    Product Promotion from 13th July - 31st July 2009

    Join APSense Traffic Exchange - Create Account

    Anda Boring? Layan je kat sini

    KEDAH FM

    Kedah FM Malaysia

    IKIM FM

    FEEDJIT Live Traffic Feed

    Health blogs
    Join Now