FAKTA : Bagaimana HBV merebak?
- HBV lebih mudah berjangkit antara 50 hingga 100 kali berbanding HIV
- Virusnya boleh ditemui dalam dalam darah, air liur, air mani dan cecair vagina.
- HBV tidak merebak melalui udara, makanan, air, susu ibu, berpelukan, bercium, batuk, bersin atau berkongsi gelas minuman atau makanan.
- Penyebaran HBV daripada emak kepada anak berlaku ketika bersalin sama ada proses bersalin itu melalui saluran peranakan atau pembedahan.
- Sebanyak 90 peratus bayi yang dijangkiti ketika lahir jika tidak menerima rawatan akan alami HBV lebih kronik.
- Kebanyakan warga Asia dan Afrika dijangkiti HBV ketika kanak-kanak atau ketika dilahirkan.
- Kebanyakan warga Eropah dan Amerika pula dijangkiti HBV ketika remaja menerusi aktiviti seksual dan penggunaan dadah.
- Lebih daripada 2/3 kes HBV tidak menunjukkan sebarang simptom.
- Kadangkala jika simptom muncul, ia selalu disalah tafsir sebagai influenza, demam, letih, sakit sendi, sakit otot, hilang selera makan, pening dan muntah.
0 comments:
Post a Comment