Selamat Datang | Welcome to my Blog

My photo
Neways Independent Distributor & Hijrah Toyyibah Stokis (Water Filter).Email me at neways2u@gmail.com.
Saturday, October 18, 2008 ·

Masalah kencing tidak lawas


SAYA berusia 31 tahun, masih bujang dan tidak mempunyai pengalaman dalam hubungan seks. Sejak beberapa tahun lalu saya mengalami masalah kencing tidak lawas. Apa yang membimbangkan saya, apakah masalah ini boleh menjejaskan kehidupan seksual apabila saya berkahwin akhir tahun ini? Apa ubat yang sesuai untuk menghilangkan masalah itu?

Ridzwan, Bandar Menjalara

KENCING tidak lawas tidak akan menjejaskan kehidupan seksual saudara secara langsung. Ini adalah kerana ereksi zakar tidak ada hubung kait dengan sistem saluran kencing. Punca mengapa saudara mengalami kencing tidak lawas perlu disiasat. Oleh kerana saudara baru berumur 31 tahun, kemungkinan besar saudara tidak mengalami masalah pembesaran kelenjar prostat. Ini adalah kerana pembesaran kelenjar prostat akan berlaku selepas seseorang lelaki itu berumur lebih dari 50 tahun.

Jika masalah kencing tidak lawas ini berserta dengan aliran kencing perlahan, ada kemungkinan saudara menghadapi masalah penyempitan saluran kencing akibat pembentukan tisu berparut (urethral stricture). Ini terjadi terutama apabila saudara pernah menghadapi masalah jangkitan kuman pada saluran kencing ataupun saudara pernah mengalami trauma pada saluran kencing.

Masalah kencing tidak lawas ini juga boleh disebabkan oleh pengecutan otot yang mengawal pembukaan pundi kencing. Dalam keaadan ini, otot mengecut semasa proses pembuangan air kencing menyebabkan pengaliran aliran kencing yang tersekat sekat dan membawa kepada perasaan tidak puas semasa habis kencing. Ini disebabkan baki air kencing masih lagi banyak dalam pundi.

Kehadiran batu karang dan infeksi dalam pundi kencing juga boleh membawa kepada masalah kencing tidak lawas. Doktor akan melakukan pemeriksaan dengan cara memasukan alat cystoscope untuk melihat keadaan saluran kencing dan pundi kencing. Ubatan dari kumpulan alpha Blocker boleh diberi untuk merehatkan otot sewaktu kencing dan ini boleh membantu melawaskan kencing.

0 comments:

Join APSense Traffic Exchange - Create Account

Anda Boring? Layan je kat sini

KEDAH FM

Kedah FM Malaysia

IKIM FM

FEEDJIT Live Traffic Feed

Health blogs
Join Now